Tahun 2013 ini menyaksikan 48 buah sekolah [biasanya 50 buah sekolah] bertanding dalam Debat Bhs Arab. Pertandingan ini terbuka pada semua sekolah yang dinyatakan di atas. Berminat sila rujuk laman web BPI pada awal tahun setiap tahun, memberikan pengalaman kepada para pelajar.
KAA adalah paling bongsu dalam pertandingan ini memandangkan pelajarnya hanya pada ting 1 - 3 sahaja. Majlis penutup akan diadakan pada 10 April nanti di Fakulti Pengajian al-Quran dan as-Sunnah. Memang menarik melihat anak-anak kita bercakap dalam bhs Arab walaupun mereka menghafal... Moga-moga mereka mampu menjadi orang yang berguna nanti.
Antara paparannya ialah :
Persembahan Pelajar USIM membentangkan cara berdebat yang salah melalui tajuk yang anak-anak suka iaitu Doraemon Lebih Baik dari Sin Chan!. Memang menghiburkan ...
Antara hakim-hakim dan guru pengiring selepas pembahagian bilik pertandingan [sesi suku akhir]